Thursday, May 7, 2009

.story.

bismillah,
sharing a true story of an ex roman catholic priest,
bro Idris Tawfiq in his interview with utusan malaysia

TAHUKAH anda, kedua-dua ayat surah al-Maidah itu
membuka pintu hati seorang paderi Gereja Katholik Roman
di Britain memeluk Islam! Bekas paderi itu, Idris Tawfik pada
mulanya sekadar membaca makna ayat kalam suci al-Quran itu
di hadapan anak-anak muridnya ketika bertugas sebagai Ketua
Pengajian Agama-agama di beberapa buah sekolah di England
dan Wales.

"Tetapi pada suatu hari, saya seolah-olah disedarkan oleh
ayat-ayat di atas ditujukan kepada saya. Bahawa tidak ada
bezanya kerana saya merupakan pendita dan ahli ibadat
(Nasrani) seperti yang disebut dalam ayat itu.

"Sejak itu saya sering tertanya-tanya, adakah saya orangnya
yang Allah maksudkan untuk akhirnya mengakui mengenai
kebenaran al-Quran dan menerima kerasulan
Nabi Muhammad?," ujarnya.

Seusai memeluk Islam, Idris akui tidak menyesal mengenang
masa silamnya yang pernah menjadi orang kepercayaan kuat
gereja. Termasuk menghabiskan lima tahun masa pengajian
beliau di Vatican City semata-mata untuk menjadi seorang
paderi yang berwibawa. "Untuk tempoh beberapa tahun, saya
gembira menjadi paderi terutama menolong mereka yang
memerlukan bantuan. Namun jauh di sudut hati, saya tidak
dapat menipu diri sendiri apabila akhirnyasaya merasakan
ada sesuatu yang tidak kena yang begitu menganggu hati dan
perasaan saya," katanya.
click here for th rest of th story
****************************
p/s I hereby confirm tht tis a true story,because I went to
one of his talk where he shares his own experience on how he
embrace Islam,and tis the exact story of wht he had told
utusan, (tiada tokok tambah)
he also mention in his talk tht he didn't like to use the
word convert to islam, he prefer embrace..
because we are all born as a muslim,
tis your parents/guardian tht mould you to become either muslim,
christian,jewish etc (based on ayah in the Qur'an).

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home