Monday, January 4, 2010

.Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah.

In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful..
intresting article to share by DR Maza, on a current issue in Malaysia..

** Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah 
yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama 
yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan
nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini.
Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas
dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran
atau tempatan.


Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa
sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu
sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya?
Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa
prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan
yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu
pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini
yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita
bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting,
boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah
kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap
rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap
Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan
selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan
tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita:
mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain
memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita
menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak
dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan
diri umat Islam itu sendiri?

'' And if thou ask them who created them, they will surely say: Allah. 
 How then are they turned away? (87) And he saith: O my Lord! Lo! these are 
a folk who believe not. (88)  
Then bear with them (O Muhammad) and say: 
Peace. But they will come to know. (89) '' 
(al-zukhruf : 87-89)

 
click here for further reading

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home