Monday, June 21, 2010

. Tarikh itu .

dipetik dari mus'ab bigshake.wordpress.com,


Assalamualaikum,
Ok saje conteng2, warm up tangan yg dah lama tak menaip.
Terdapat 2 tarikh penting yg perlu anda ingat dan sentiasa ikat di fikiran dan perasaan anda.  2 peristiwa besar dalam sejarah Islam abad ini iaitu 1924 dan 1928.
1924, kejatuhan khilafah Uthmaniyah. Kejatuhan khilafah bukanlah disebabkan oleh Kamal Al-Tartuk semata-mata, tetapi keadaan umat Islam sendiri yang telah berada di jurang kemusnahan. Krisis akidah, krisis akhlak, tiada semangat jihad, krisis ekonomi, tiada kepimpinan, perpecahan umat Islam dan pelbagai krisis lagi. Jika kalau bukanlah disebabkan pengkhianat Kamal At-Tartuk, khilafah Islam Uthmaniyyah akan runtuh juga. Begitulah suasana umat ketika itu.
1928, bermulanya dakwah Ikhwanul Muslimun di Mesir. Di dalam kekalutan umat Islam dengan ketiadaan khalifah, imperialisme barat ke atas negara-negara Islam, penguasaan ekonomi, peperangan ideologi, perpecahan umat Islam, muncullah dakwah Ikhwanul Muslimun yang membawa roh baru kepada umat Islam. Mereka  mempelopori kebangkitan umat Islam untuk kembali memegang tampuk dunia. Dalam dasarnya ia menjelaskan tujuan dan objektif mereka
“Tujuan kami adalah mewujudkan generasi baru yg mampu memahami Islam dengan pemahaman yg benar serta berkerja untuk Islam dan mendorong lahirnya kebangkitan Islam”
Kekuatan tekad dan keikhlasan mereka untuk membawa umat kepada kefahaman Islam yang sebenar sangat menggerunkan Inggeris (termasuk kuasa barat lain) yg ketika itu menjajah dunia Islam. Mengapa? Ketika kefahaman Islam diajar Rasulullah kepada orang Arab, runtuhlah penjajahan Parsi, runtuhlan penjajahan Rom, kini bila dihidupkan kembali, Inggeris sedar niscaya mereka akan musnah.
1948, Ikhwan Muslimun menghidupkan kembali roh jihad mempertahankan saudara-saudara mereka di Palestin. Siapa sangka angkatan yang terdiri daripada rakyat biasa,  mampu menggerunkan Israel sehingga seorang askar Israel berkata:
“Kami tidak takut kepada siapa pun kecuali pasukan sukarela Ikhwanul Muslimum, kami datang dari berbagai negara ke tempat ini (Palestin) adalah untuk hidup selamanya sedangkan mereka datang ke sini untuk mati. Alangkah jauhnya perbezaan orang yang menginginkan hidup dan orang yang menginginkan mati”
Dakwah Ikhwanul Muslimin kini tersebar ke seluruh dunia, mengajak umat Islam menghayati Islam dengan kefahaman yang benar dan jelas. 1928, bermulah episod sebuah perjuangan mendaulatkan Islam.
wallahua’lam

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home