.FUTUUR.
Bahasa:
· Terputus setelah terus menerus atau diam setelah bergerak.
· Sikap malas, lembab dan santai setelah sebelumnya giat dan
bersungguh-sungguh.
· Perkataan fatara bermaksud sikap berdiam diri setelah sebelumnya
bergiat atau melemah sebelumnya kuat.
(Lisan al-Arab, Ibnu Manzur 5/43)
Istilah:
Suatu penyakit hati (rohani) yang kesan minimanya timbul rasa
malas, lembab dan sikap santai dalam melakukan suatu amalan yang
sebelumnya pernah dilakukan dengan penuh semangat dan tawajjuh.
Manakala kesan maksimanya adalah terus meninggalkan amalan
tersebut.Penyakit rohani ini kerap menjangkiti para aktivis dakwah
atau mereka yang terlibat dalam jalan da’wah dan jihad fi sabilillah.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB FUTUUR
1. Sikap ekstrim atau berlebih-lebihan dalam menjalankan aturan
agama.
2. Sikap melampaui batas dalam melakukan hal-hal mubah.
3. Memisahkan diri dari jama‘ah dan lebih mengutamakan
‘Uzlah (Menyendiri)
4. Kurang mengingati kematian dan akhirat.
5. Memandang enteng kewajipan harian.
6. Tubuh dimasuki sesuatu yang Haram atau banyak Syubhah.
7. Membataskan diri dengan hanya melakukan sebahagian sahaja
dari syariat Islam.
8. Mengabaikan keperluan jasmani
9. Tidak bersedia menghadapi mehnah dan ujian di jalan Da‘wah.
10.Berlarutan melakukan ma‘siat dan memandang remeh dosa-dosa
kecil
11. Melalaikan kaedah sunnatullah
12. Berteman dengan orang yang memiliki penyakit futuur
13. Aktiviti tidak berprogram dan mengikuti marhalah
يَا مُقَلَّبَ الْْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِىْ عَلى دِيْنِكَ
Ya Muqqalib al Qulūub, thabbit qalbi 'ala deenak
(O Converter of hearts! Make my heart steadfast in the deen)I copied this post from a blog, the du'a on the other hand, found it
from this link click
Labels: .reminder.